Batu Nisan dan Kubur Bersejarah di Bukit St. Paul

New Arrival

Batu Nisan dan Kubur Bersejarah di Bukit St. Paul

Dennis De Witt

RM 30.00

  • Publication Year: 2023
  • Publisher: Nutmeg Publishing
  • Binding: Softcover
  • Pages: 178 pages
  • ISBN: 9789671494752

Summary

Buku Batu Nisan dan Kubur Bersejarah di Bukit St. Paul Melaka membantu pengunjung tapak bersejarah ini dengan menyediakan maklumat latar belakang batu nisan dan kubur lama yang ditemukan di Bukit St. Paul. Buku ini memperincikan lokasi kubur bersejarah termasuk salinan tulisan yang terdapat pada batu nisan. Terjemahan tulisan Portugis dan Belanda pada batu nisan serta maklumat latar belakang individu yang disemadikan di situ turut disertakan.

Maklumat yang terkandung dalam buku ini diharap dapat membuatkan pengunjung Bukit St. Paul menghargai jasa mereka yang pernah tinggal dan menetap di bandar Melaka semasa zaman Portugis, Belanda dan British di Melaka yang penuh bersejarah serta menyedari bahawa mereka adalah manusia sebenar yang menjalani kehidupan sebenar. Kebanyakan mereka datang ke tanah ini dari tempat yang jauh dengan penuh harapan dan aspirasi atau sekadar memenuhi tuntutan tugas, namun akhirnya tidak kembali semula ke tanah air mereka.

Sesetengah mereka ini berasa hiba kerana meninggalkan pasangan, anak, sahabat handai atau rakan taulan. Tugu peringatan ini akan terus kekal abadi dan menjadi tanda agar generasi akan datang sedar bahawa mereka pernah wujud pada suatu ketika dahulu.